Siapa Anwar?
Saya bukanlah nak mengajar saudara. Maksud saya nak memulihkan tu hanya lah nak mengajak anda dan saya sendiri berfikir sejenak mengenai Anwar Ibrahim. Saya tak nafikan Anwar Ibrahim ialah seorang ahli politik yang berpengaruh dan bijak mengatur strategi bagi mencapai hasrat politiknya. Tetapi pada saya Anwar Ibrahim telah menggunakan kelebihan nya itu untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja. Saya cuba list kan sedikit point saya. Cuba fikir dangan hati dan fikiran yang terbuka.
- Kenapa Anwar Ibrahim tidak masuk PAS apabila dia di singkirkan dari UMNO dan kerajaan?
- Adakah perbuatan lompat parti ini salah? Sedangkan anda tahu siapa yang memulakan "permainan" ini. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim yang dengan bangganya membuat kenyataan akhbar bahawa ramai MP BN akan melompat parti dan dia akan jadi PM pada bulan september tahun 2008. Perbuatan Anwar ini di bantah sendiri oelh "rakannya" Mr Karpal Sigh yang berkata "... Anwar telah banyak merosakkan negara ini,"
- Adakah anda fikir Anwar Ibrahim boleh di percayai, sedangkan janji demi janji beliau tak pernah di tunaikan. Mana janji2 PKR atau PR semasa PRU12 yang lepas? Yang aku ingat, nak bagi RM1000 kat ibu tunggal, RM1000 untuk pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran, nak turunkan harga minyak, nak hapuskan TOL dan byk lagi! Kenapa tak di buat di Selangor atau di Penang atau di Kedah? Mana janji dia nak jadi PM bulan Sept. 2008, lepas tu tangguh dan tangguh dan tagguh ... Sehingga hari ini dia masih lagi menipu dan terus menipu rakyat.
- Anwar sebuk kan BN rasuah, lihat sahaja apa jadi kat PR sekarang, bergelumang dengan rasuah. Sehingga PAS juga sekarang terlibat dengan rasuah.
- Anwar Ibrahim juga suka memfitnah, adakah ini yang anda mahu dalam seorang pemimpin? Dia sebuk cakap pasal D.S. Najib ambik komisen, tapi mana buktinya? Tuduhan demi tuduhan di buat tapi tak tau dari mana cerita tu. Perbuatan nya telah di ikut oleh parti2 dalam Pakatan Rakyat. PAS juga dah pandai memfitnah dan menipu!
- Apa perjuangan anda dan apa pula perjuangan Anwar Ibrahim? Menurut kata "kawan karib" Anwar Ibrahim, iaitu Mr Husam, perjuangan Husam dan Anwar sama, iaitu MENUMBANGKAN UMNO! Tidakkah anda rasa pelik? Adakah itu juga perjuangan anda? Jika jawabnya YA, saya simpati dengan anda. Kita sepatutnya berjuang demi BANGSA, AGAMA dan NEGARA bukan berjuang untuk menghancurkan parti lawan. Kalau itu perjuangan anda, maka TAHNIAH! anda telah menjadi robot keluaran ANWAR IBRAHIM. Dan anda akan di programkan untuk menghancurkan BANGSA, AGAMA dan NEGARA anda. Bagaimana sebuah parti akan kekal berkuasa jika parti itu tidak memperjuangkan rakyat?
Jadi, saya harap dengan sedikit pandangan itu, dapatlah anda berfikir sejenak. Fikirkan lah masa depan anak2 anda. Jangan nanti anak2 anda merempat di tanahair nya sendiri. Terima kasih kerana melawat blog saya. Dan maaf jika tersalah kata.
Ulasan
Catat Ulasan