Menjawab Tuduhan Pihak-pihak Tertentu Mengenai 1Malaysia sama dengan 1Israel

PANDANGAN TOKOH DAN SARJANA ISLAM TERHADAP FAHAMAN KEBANGSAAN


1) Hassan al-Banna, pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin berpandangan bahawa apabila yang dimaksudkan nasionalisme itu sebagai kerinduan atau keprihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajahan dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka nasionalisme sedemikian dapat diterima, malah dalam situasi tertentu dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul (Dault, Adhyaksa: Islam dan Nasionalisme, Reposisi Wacana Universal Dalam Konteks Nasional, Jakarta : Pustaka al-kausar, 2005).

2) Ibn Khaldun, Sarjana Sosiologi dan sejarah, juga tokoh agama dan politik terkenal mengemukakan teori sosial yang dikenali sebagai asabiyyah sebagai faktor utama kepada kewujudan sesebuah negara atau kerajaan. Asabiyyah bermaksud semangat kekeluargaan, kesedaran berkelompok atau setiakawan dan perpaduan (solidarity). Menurut Ibn khaldun, dari segi politik asabiyyah tidak semestinya wujud melalui hubungan darah tetapi melalui hubungan erat dan lama sebagai anggota dalam satu kelompok. Menurutnya, keutuhan sesebuah negeri atau kerajaan amat bergantung kepada kekuatan asabiyyah. Baginya doktrin keagamaan semata-mata tidak mampu mempertahankan kekuasaan tanpa perasaan asabiyyah. Beliau turut menegaskan perlunya peraturan dan undang-undang ditegakkan di bawah pemerintahan yang kuat asabiyyahnya.(Muhd Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan : ketokohan dan karya, DBP, 1988).

3) Dr Muhammad Imarah menyatakan nasionalisme adalah sentimen dan ikatan fitrah melalui kehendak untuk memperkukuh kesetiaan manusia pada wathan(negara). Beliau menyebut al-Quran mengungkap istilah wathan dengan diyar iaitu membawa maksud kepada negeri atau tempat tinggal.

Beliau merujuk ayat 6 Surah al-Mumtahanah yang bermaksud : “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu”.

Hadis Nabi SAW juga ada menggunakan istilah wathan dan dar. Beliau merujuk kepada dua buah hadis Nabi yang bermaksud.

I. “Makkah adalah negeriku dan tempat tinggalku”(riwayat Abu Daud)

II. “Kemudian orang-orang kembali ke negeri mereka dan tempat tinggal mereka”.(riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut dapatlah difahami bahawa wathan adalah fitrah rasa cinta pada negeri tempat kelahiran dan tempat tinggal. Hujah beliau lagi, penegakkan Islam sebagai agama hanya dapat menjadi realiti dengan adanya negeri, tempat tinggal dan geografi. Dengan adanya elemen terbabit maka dapat dibuktikan adanya peradaban Islam. Dalam konteks ini, keharusan intima’(afiliasi) kepada tanah air diperluaskan kepada dimensi wilayah intima’ – gabungan dan hubungan beberapa Negara Islam (Dr Muhammad Imarah, Perang Terminologi, Islam versus Barat, Robbani Press, Jakarta, 1998).

4) Muhammad Abduh ketika menjelaskan maksud ayat 243-244 dari Surah al-Baqarah menyebut kehidupan sesuatu bangsa bergantung kepada kekuatan nasionalismenya. Kehancuran dan kematian bangsa-bangsa bergantung kepada kekuatan nasionalismenya terhadap tanah air. Dalam tafsirannya itu, Muhammad Abduh menegaskan erti ‘kematian mereka’ seperti yang terkandung dalam ayat tersebut adalah sunnatullah kepada bangsa-bangsa pengecut. Musuh memusnah dan menghancurkan kekuatan mereka serta merendahkan kemerdekaan sehingga tidak lagi dilihat sebagai suatu bangsa yang wujud dan dihormati

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EDISI GEMPAR (KEMASKINI) : SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ MAZHAR DENGAN TALAK SATU

Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)

BENTUK-BENTUK ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN MAKLUMAT KERAJAAN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM BAGI MENANGANI ANCAMAN