EDISI GEMPAR (KEMASKINI) : SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ MAZHAR DENGAN TALAK SATU


Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz                             

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094 DAN di http://www.facebook.com/pages/Brudirectcom/118761614804700?v=wall#!/video/video.php?v=1365018078297

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

SUMBER : M.STAR ONLINE


ULASAN BLOGGER http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/2010/06/isu-penceraian-sultan-brunei-sultan.html -1. Sewaktu aku meletakkan satu post mengenai isu penceraian Sultan Brunei dan isterinya Azrinaz, satu komen pembaca menarik perhatian aku.



"Brunei ni jiran kita yang baik sebenarnya , mereka menyanjung negara kita dan memuji negara kita , hubungan tradisi dengan Brunei sudah wujud sejak beratus tahun dahulu ,
bagi masyarakat sabah dan sarawak , ramai ahli keluarga dorang ada disana , Brunei ini ibarat saudara kandung dengan kita ,

Apapun , sejujurnya Brunei terganggu dengan perangai sesetengah orang kita beberapa ketika ini ekoran isu blok L dan M , pelbagai kata nista dihamburkan pada Brunei , terlalu banyak kata2 pedas yg menyingung perasaan rakyat brunei ,

isu yg dipolitikkan oleh pembangkang ternyata menimbulkan bala pada hubungan malaysia Brunei"


 2. Adakah isu Blok L dan Blok M yang akhirnya menjadi K dan J (macam biasa dengar jek bunyi tu) menjadi penyebab penceraian mereka? Adakah kerana sikap rakyat kita yang mengkritik berlebihan yang menyebabkan rakyat dan kerabat diraja berkecil hati??

3. Aku bersetuju dengan pendapat pembaca yang kata hubungan antara dua negara memang baik. Aku sendiri mempunyai rakan pena daripada Brunei dan aku percaya ramai orang Brunei mahu berkawan dengan orang Malaysia. Bahasa pun sama, negara sahaja yang berbeza.

4. Dan benar kita tak dapat nak elak isu ini mungkin akan sedikit merenggangkan hubungan. Akan tetapi kita tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang akan menyebabkan kedua-dua negara bermusuh.

5. Dan kita juga tidak mahu drama Manohara terjadi sekali lagi. Cukuplah aku dengar Indonesia mensensasikan cerita antara kedua negara. Penat aku dengar setiap hari di televisyen 24 jam mengutuk kerabat diraja Kelantan. Dan aku tak nak perkara yang sama berlaku di negara kita. Sudah pasti ada sebab penceraian mereka. BUKAN KERANA SULTAN KECIL HATI DENGAN RAKYAT KITA BERSIKAP TERHADAP SESUATU ISU.

6. Semoga isu penceraian ini dapat diselesaikan dengan aman dan tidak dibesar-besarkan orang tertentu demi kepentingan diri,...





MASIH TERKEJUT!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)

BENTUK-BENTUK ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN MAKLUMAT KERAJAAN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM BAGI MENANGANI ANCAMAN