Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)

AIDCNews -17/03/11 – Kepulangan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja ke Indonesia selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2004 masih menjadi satu misteri hingga ke hari ini.
AIDCReveal dalam pendedahan terbaru telah membongkar Sukma telah berhijrah ke Malaysia sejak dari tahun 1977, ketika berusia 16 tahun dan telah menetap di negara ini selama 28 tahun telah mengambil keputusan drastik meninggalkan sejumlah aset yang besar di negara ini untuk kembali semula ke Indonesia pada tahun 2004.
Kalau benar Sukma Darmawan tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia kenapa dia harus meninggalkan negara ini dan kembali semula ke negaranya…Apatah lagi statusnya sebagai adik angkat Anwar yang telah mendapat PR di Malaysia serta membina banyak kekayaan di negara ini.
Semua ini misteri kerana Sukma yang meninggalkan zaman persekolahannya (di Yayasan Anda), berjaya mendapat sijil STP pada tahun 1990, apatah lagi Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu adalah Anwar sendiri, maka campur tangan abang angkatnya turut menjadi gossip
Pada sekitar tahun 1992 ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan, Sukma telah membeli seunit rumah di Tivolli Villas, Bangsar. Unit rumah 10-7-2 dibelinya dengan harga lebih kurang RM400,000. Pada 1999 ketika memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Sukma mengaku Anwar ada ‘menderma’ RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai unit rumah tersebut
Menurut Sukma, dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan memiliki 10 syarikat sendiri pada tahun 1991 ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan…Sukma juga memiliki syarikat butik Gianfranco Ferre di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan beberapa kereta mewah iaitu sebuah model BMW328i, 2 buah Mercedes Benz C820 dan 300s
Pendedahan terbaru AIDCReveal itu bertajuk “Semuanya Bermula Dari Sukma Darmawan Sasmitaadmadja” [kik di sini]
Status Adik Angkat Dipersoal
AIDCReveal turut mempersoalkan bagaimanakah proses pengambilan anak angkat berlaku sedangkan antara keluarga Anwar dengan keluarga Sukma Darmawan tiada ikatan persaudaraan.
Perkara ini turut dibongkar di mahkamah ketika perbicaraan kes liwat I, namun Karpal Singh yang mewakili Sukma ketika itu meminta mahkamah agar tidak mendedahkan identiti dan latar belakang anak guamnya itu.
Ini semakin menjadi misteri. Siapa Sukma Darmawan sebenarnya ?
Benarkah Sukma Darmawan adalah anak angkat Datuk Ibrahim Abdul Rahman, bagaimanakah ayah Anwar mengenali Sukma sehingga mengambilnya sebagai anak angkat ?
Benarkah Sukma anak angkat Datuk Ibrahim? Ini kerana Datuk Ibrahim sudah mempunyai 9 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan 2 orang isterinya. Isteri pertama Datuk Ibrahim (Mak Yan) dikurniakan 8 orang anak yang terdiri daripada lelaki dan perempuan (termasuk Anwar), manakala isteri kedua memperoleh seorang anak perempuan (Farizon) Jadi atas justifikasi apa Datuk Ibrahim mengambil seorang anak angkat dari Indonesia ?
Tetapi ada sumber lain yang lebih popular mengatakan Sukma Darmawan adalah adik angkat Anwar yang dikenalinya, ketika sentiasa berulang alik ke Indonesia.
Perkenalannya di Indonesia hingga membawa penghijrahan ke Malaysia. Sukma disekolahkan di Yayasan Anda milik Anwar dan menetap sebilik di rumah ibu tiri Anwar di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Selepas berhijrah ke Malaysia, Sukma menetap di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya iaitu rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman iaitu ayah kepada Datuk Seri Anwar. Ketika itu, rumah tersebut hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya [ibu tiri Anwar], Anwar dan Farizon [adik tiri Anwar]. Ketika menetap di rumah tersebut, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma satu bilik bersama Anwar yang masih bujang.
Hal ini diperkukuhkan dengan sikap Sukma yang tidak berminat menetap di rumah Dato Ibrahim, jika ketiadaan Anwar, malah sentiasa mengikuti ke mana sahaja Anwar tinggal, meskipun ketika itu Anwar telah berumahtangga dengan Dr Wan Azizah.
Dia (Sukma) mengikuti Anwar ke mana sahaja pergi. Ketika Anwar berkahwin dengan Wan Azizah pada tahun 1978 dan menetap di Seksyen 17 Petaling Jaya, Sukma turut mengikuti Anwar. Anwar juga turut membawa Sukma ketika berpindah ke Subang Jaya dan Seksyen 14, Petaling Jaya.
Malah Anwar turut menyediakan bilik khas kepada Sukma di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan rumah rasmi peribadinya di Jalan Setiamurni, Damansara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EDISI GEMPAR (KEMASKINI) : SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ MAZHAR DENGAN TALAK SATU

BENTUK-BENTUK ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN MAKLUMAT KERAJAAN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM BAGI MENANGANI ANCAMAN