Dilarang memerangi pemerintah Islam yang zalim -Dipetik daripada lenggangkangkung-my.blogspot.com

Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan mungkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan mungkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah adalah kerana kesannya amat merugikan umat dan negara. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EDISI GEMPAR (KEMASKINI) : SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ MAZHAR DENGAN TALAK SATU

Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)

BENTUK-BENTUK ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN MAKLUMAT KERAJAAN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM BAGI MENANGANI ANCAMAN