Kemajuan Sains & Teknologi Tanpa PPSMI (BLOG FAISAL TEHRANI)
Kemajuan Sains & Teknologi Tanpa PPSMI
Kemajuan Industri Tayar
Mempercepatkan pemprosesan Tiubnano
Paramagnetik Untuk Rawatan Kanser
Mencipta Simen CEM Untuk Rawatan Pergigian
Penemuan Keberkesanan Zink Oksida Berbanding Titanium Oksida
Profesor Osman Bakar yang terkenal dalam sebuah seminar baru-baru ini, ketika membuat penggulungan pembentangannya menyebutkan - 'Kita harap untuk terus meneguk dan minum dari kemelimpahan pancuran khazanah ilmu dari Iran'. Dalam seminar itu juga hadirin "mentertawakan" seorang pensyarah wahabi dari Somalia yang memalukan dirinya - dengan menolak falsafah - sambil berani 'mengkafirkan' Ibnu Farabi dan Ibnu Sina. Dia kononnya inginkan kemajuan sains tetapi dia terlupa saintis-saintis yang sangat hebat dalam dunia Islam itu seorang ahli falsafah (justeru seorang ulama), dan tentu; mereka syiah.
Berita tentang kemajuan sains dan teknologi di Iran (tanpa memerlukan pengajian dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris) terlalu banyak, sentiasa ada, sampai tak terkinikan. Hanya orang yang ketinggalan epistemologi dan ontologi sahaja terekor-ekorkan Barat lalu menghamun jatidiri sendiri. Di bawah ialah foto-foto mahasiswa kejuruteraan awam di Iran yang sedang bereksperimen untuk 'mencipta' sebuah jambatan.
* Kekuatan sebuah bangsa sehingga dapat membangun dan mencipta ialah kerana jati dirinya, dan jati diri Iran sebagai sebuah entiti umat Islam ialah syiah. Kita pernah terberak-berak menurut Mahathir supaya pandang ke Timur dan belajar segala konsep Jepun. Jadi, mengapa takut mempelajari sesuatu yang memang dalam lingkungan Islam sendiri?
Inilah punca-puncanya Iran ditekan disekat dan dinafikan hak memajukan industri nuklearnya. Inilah sebabnya Amerika, Zionis dan Arab Saudi gerun. Dan kaedah mudah menjauhkan kita dari bersatu, dan membangunkan umat ialah dengan 'pecah-perintah' dan labelkan mereka sesat.
Orang sesat terus maju.
Kita terus menuduh mereka sesat.
Ulasan
Catat Ulasan