Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Pandangan Islam Tentang Perayaan Tahun Baru (Dari Blog sugito DOT COM)

Imej
sekitar 20 hari lagi sejak tulisan ini dibuat, penduduk bumi ini akan segera memasuki tahun baru 2012 Miladiyah (Masehi). Sebagian orang sudah bersiap-siap untuk mengadakan pesta atau perayaan menyambut tahun baru itu. Kalau dipikir secara sepintas, mengadakan perayaan menyambut tahun baru adalah merupakan tradisi masyarakat dunia.  Oleh sebab itu sah-sah saja kita ikut meramaikan, termasuk kita umat Islam. Tapi bagaimana sebenarnya, perayaan tahun baru kalau kita lihat dari sudut pandang Islam? Sejarah Singkat Perayaan Tahun Baru Masehi Sebelum membahas perayaan tahun baru dalam kacamata Islam, maka kita lihat dulu bagaimana sejarah perayaan tahun baru itu sendiri. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, orang Romawi kuno merayakan tahun baru pada tanggal I Januari tahun 45 sebelum Masehi. Tak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma. Julius Caesar dibantu oleh ahli astronomi dari Aleksandria, Sosigenes, mengubah sistem penanggalan tradisional Romawi yang

Dilarang memerangi pemerintah Islam yang zalim -Dipetik daripada lenggangkangkung-my.blogspot.com

Imej
Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan mungkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan mungkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim). Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut) Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada per

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah-Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15

Imej
“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35) Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan. Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia. Uma

Surat Perdana Menteri Malaysia Kepada Menteri Besar Kelantan(tahun 1994) dipetik daripada Blog Medan-Info-Kita

Imej
PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan Y.A.B. Tuan Haji, PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994 Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah. 1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bah

Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)

Imej
AIDCNews -17/03/11 – Kepulangan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja ke Indonesia selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2004 masih menjadi satu misteri hingga ke hari ini. AIDCReveal dalam pendedahan terbaru telah membongkar Sukma telah berhijrah ke Malaysia sejak dari tahun 1977, ketika berusia 16 tahun dan telah menetap di negara ini selama 28 tahun telah mengambil keputusan drastik meninggalkan sejumlah aset yang besar di negara ini untuk kembali semula ke Indonesia pada tahun 2004. Kalau benar Sukma Darmawan tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia kenapa dia harus meninggalkan negara ini dan kembali semula ke negaranya…Apatah lagi statusnya sebagai adik angkat Anwar yang telah mendapat PR di Malaysia serta membina banyak kekayaan di negara ini. Semua ini misteri kerana Sukma yang meninggalkan zaman persekolahannya (di Yayasan Anda), berjaya mendapat sijil STP pada tahun 1990, apatah lagi Menteri Pendidikan Malaysia ke