Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

MALAYSIA DENGAN CARANYA TERSENDIRI

Imej
Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Leftenan Jeneral (B) Raja Datuk Abdul Rashid Raja Badiozaman bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia sepertimana yang dinyatakan di dalam rencana bertajuk Tubuhkan Badan Risik Negara, Mingguan Malaysia 14 Oktober 2001. Namun saya ingin pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan kita perlu menstrukturkan semula mekanisme perisikan yang sedia ada bagi menghadapi cabaran semasa. Bukan kita menafikan kemampuan dan jasa entiti-entiti yang sedia ada namun kita harus bergerak beberapa langkah ke hadapan berbanding mereka yang berniat jahat terhadap negara kita bagi memastikan mereka tidak berjaya. Di Malaysia soal-soal mengenai perisikan adalah sesuatu yang bersifat rahsia. Tidak ada penulisan meluas mengenainya seperti di Amerika Syarikat (AS) atau sesetengah negara lain di mana kewujudan institusi risik adalah sesuatu rahsia umum. Di AS misalnya kita mengetahui tentang kewujudan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk perisikan l