Di Sebalik Misteri Kepulangan Sukma Darmawan Ke Indonesia (dipetik daripada Blog AIDC)
AIDCNews -17/03/11 – Kepulangan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja ke Indonesia selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2004 masih menjadi satu misteri hingga ke hari ini. AIDCReveal dalam pendedahan terbaru telah membongkar Sukma telah berhijrah ke Malaysia sejak dari tahun 1977, ketika berusia 16 tahun dan telah menetap di negara ini selama 28 tahun telah mengambil keputusan drastik meninggalkan sejumlah aset yang besar di negara ini untuk kembali semula ke Indonesia pada tahun 2004. Kalau benar Sukma Darmawan tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia kenapa dia harus meninggalkan negara ini dan kembali semula ke negaranya…Apatah lagi statusnya sebagai adik angkat Anwar yang telah mendapat PR di Malaysia serta membina banyak kekayaan di negara ini. Semua ini misteri kerana Sukma yang meninggalkan zaman persekolahannya (di Yayasan Anda), berjaya mendapat sijil STP pada tahun 1990, apatah lagi Menteri Pendidikan Malaysia ke