Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010
Imej
Kajian Untuk Gabungkan Proton-Perodua Telah Siap - (BLOG PERAK TODAY) KUALA LUMPUR: Kajian mengenai cadangan penggabungan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, telah pun siap. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, laporan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk pertimbangan. “Cadangan (Proton-Perodua) ini diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kami kini menunggu untuk menetapkan tarikh bagi membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan inovasi dan kualiti kementerian itu di sini, Isnin. Sementara itu, Mustapa berkata eksport barangan buatan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5 peratus kepada RM447.09 bilion pada 2011 berbanding RM424.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010. Kementerian tersebut turut mengunjurkan peningkatan eksport perkhidmatan, dengan sasaran