Anwar Attaturk - Dalang Perlembagaan Baru (BLOG POCHONG)
gerakan anti pkr Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, di Ipoh baru baru ini mendedahkan bahawa telah wujud cubaan untuk merangka perlembagaan baru.. Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia sekarang. Kenyataan Harussani tersebut telah menyebabkan beliau diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak khususnya disebelah parti pembangkang menafikan wujudkan dakwaan Tan Sri Harussani tersebut. Namun peliknya secara tiba-tiba semalam Nurul Izah anak kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa Iaitu Anwar Ibrahim mengatakan “ adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen. ”