Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

CINTA KEPADA LAWAN JENIS

           Allah mencipta motivasi seksual pada setiap manusia, motivasi seksual menjadikan setiap lelaki dan perempuan mempunyai daya tarikan antara satu sama lain. Di samping timbul perasaan cinta, juga berkaitan dengan keabadian jenis (spesis) keturunan manusia. Harus difahami Islam tidak mengingkari adanya kecenderungan seksual atau cinta secara seksual. Ianya adalah satu fitrah dan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Wujudnya golongan gay dan lesbian merupakan satu bentuk kehancuran dalam ketamadunan manusia, semakin maju ketamadunan maka wujudlah golongan ini yang menafikan institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. Rasulullah menganjurkan kepada pemuda dan pemudi Islam bernikah jika mereka berani menggalas tanggungjawab. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Belum ditemukan ubat bagi orang yang tengah mabuk cinta kecuali pernikahan".           

PETIKAN DARI BLOG LINK ANTI PKR 3

KISAH EZAM DAN SUKMA DI PENJARA KAJANG Oleh Kumbang, AIDCclubCerita Ezam tinggal di blok yang sama dengan Sukma di penjara Kajang telah Kumbang dengar hampir 2 tahun lalu daripada kalangan rakan PKR. Cerita ini sebenarnya sudah menjadi rahsia umum di kalangan mereka. Rata-rata ahli PKR hanya mengetahui punca Ezam keluar daripada PKR adalah kerana bekas ketua pemuda keadilan itu kecewa dengan sikap Anwar yang melebihkan Azmin Ali dalam segala aspek.Tetapi sebenarnya keluarnya Ezam daripada PKR adalah bermula dengan apa yang beliau dengar daripada Sukma di dalam penjara Kajang ketika 3 bulan tinggal di blok yang sama dengan adik angkat Anwar itu . Seperti yang diceritakan rakan PKR Kumbang, pada mulanya perbualan Ezam dan Sukma hanya berkisar tentang hal-hal biasa berkenaan Anwar. Tetapi lama-kelamaan setelah lama tinggal bersama, Sukma mula menceritakan sesuatu mengenai Anwar yang mengejutkan beliau dan membuat beliau berfikir 2 kali untuk meneruskan perjuangan dalam Keadilan.Menurut ra

PETIKAN DARI BLOG LINK ANTI PKR 2

Pentas Pidato UMNO : Ezam Buka Pekong Anwar! Semalam Selasa 2 hb. Mac 2010 bertempat di Kompleks UMNO Kuala Selangor, berlangsung satu ceramah pidato UMNO yang bertajuk " Selamatkan Malaysia Daripada Pengkhianat ". Kalau tidah silap penulis tajuk asal pidato semalam adalah " Membongkar Rahsia " , tetapi ditukar kesaat akhir kerana pada minggu yang sama PKR sudah membuat " Road Show" nya dengan bertemakan " Selamatkan Malaysia " di Kuala Selangor. Agak menarik tema road show mereka( PKR ) dan penulis tertanya-tanya apakah sebenarnya " Selamatkan Malaysia " itu adalah " Selamatkan Malaysia Dari Pengkhianat Yang bernama Anwar Ibrahim " ? Jadi penulis merasakan tajuk pentas pidato UMNO Kuala Selangor semalam adalah bertepatan sekali untuk dibongkar supaya rakyat dapat mengetahui siapa sebenarnya yang bergelar " Pengkhianat Negara " dan orang yang sesuai sekali dipanggil untuk menceritakannya adalah Saudara Ezam Mohd. Nor

PETIKAN DARI BLOG LINK ANTI PKR

Pendekatan Liberal beragama tidak salah - Anwar Ibrahim Pendekatan liberal Pakatan Rakyat seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan hukuman sebatan syarie ke atas model Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan membawa padah kepada PKR, tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau mengulas tindakan ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar PKR kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap partinya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. “Apabila membicarakan isu teologi atau isu kepercayaan, ia bukan keputusan politik. Ia seharusnya keputusan yang betul,” katanya kepada portal Malaysiakini. Menurut Anwar lagi, pendekatan liberal yang digunakan itu langsung tidak bercanggah dengan pendiriannya untuk mengislamkan negara ketika berada di dalam kerajaan dahulu. Katanya lagi, proses mengislamkan negara tidak boleh disamakan dengan fahaman konservatif. Ia adalah proses memahami nilai-nilai Islam
Muslihat Anwar Semasa Dalam Umno dan TPM Kisah mengenai Anwar ini begini:........Lazimnya Pegawai dan kakitangan harus patuh pada goverment of the day terutama bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya di Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa dimasa ini dan tidak masa yang lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tak sabar atau ini pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak bernama Dato' Sahar Sidik.Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung cermahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Datok Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu dengan lain.Dia telah berkata Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin